asal-usul keropok lekor
Bagi yang tidak mengetahui, keropok lekor atau lebih dikenali sebagai 'kepok gote' di kalangan penduduk tempatan, diperbuat daripada ikan dan sagu dan diadun menjadi satu adunan lembut lembut yang kemudian digentel menjadi seperti bentuk sosej dan boleh dimakan sama ada digoreng atau direbus.
Seperti menu-menu popular yang disebutkan sebelum ini, keropok lekor amat sinonim dengan Losong. Namun tahukah anda bagaimana asal panggilan tersebut bermula sehingga begitu terkenal kini? Tidak sukar untuk mencari lokasi popular tempat penghasilan makanan itu memandangkan setiap sudut mempunyai papan arah ke lokasi tersebut.
Mana tidaknya, sebut sahaja Losong pastinya ramai yang boleh menunjukkan arah memandangkan ia hanya 10 minit dari bandar raya Kuala Terengganu. Kampong Losong atau nama asal kampung tersebut ialah Kampung Losong Haji Su yang diambil sempena nama seorang penduduk asal di kampung itu.Keropok lekor lebih dikenali di Losong memandangkan rasanya yang enak serta lebih lembut berbeza daripada tempat lain. Jelasnya, ia juga hanya dijual dengan harga 20 sen untuk satu batang (saiz kecil) dan RM1 sebatang ( saiz besar) sejak dahulu sehingga kini.