jenis-jenis keropok
Terdapat tiga jenis keropok iaitu keropok keping, keropok lekor dan keropok goreng.
KEROPOK KEPING
Keropok keping ialah seperti yang ditunjukkan di atas. Keropok keping adalah salah satu jenis keropok yang dikeringkan dan ianya sangat rangup apabila dimakan. Kebiasaannya, keropok keping ini enak dimakan di mana-mana sahaja kerana teksturnya yang ringan dan mudah dibawa. Keropok jenis ini akan dikeringkan terlebih dahulu untuk menjadikannya sebagai keropok keping. Memang enak dimakan begitu sahaja!
KEROPOK lekor
Keropok lekor ataupun lebih terkenal dengan panggilan keropok batang dalam kalangan rakyat Terengganu merupakan salah satu jenis keropok yang sedap dan enak dimakan begitu sahaja. Tekstur keropok lekor ini adalah sedikit melekit kerana kebiasaannya keropok ini diperbuat daripada adunan tepung, gula, garam, air, dan isi ikan yang dihancurkan. Keropok jenis ini biasanya bersaiz panjang dan tidak dipotong. Walau bagaimanapun, keropok lekor ini sangat sedap apabila dicicah bersama-sama sos cili yang lazat!
KEROPOK GORENG
Keropok goreng merupakan salah satu daripada jenis keropok yang paling disukai di samping cara memasaknya yang mudah dan senang iaitu hanya dengan menggoreng. Keropok goreng sememangnya mempunyai penggemarnya yang sukakan kerangupan dan kelembutan isi ikan yang terdapat pada keropok itu. Apabila digoreng panas-panas, bertambah sedap keropok ini sambil dicicah sos yang pedas. Sungguh hot rasanya!